Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA




aku bukanlah peminat bola sepak..tapi malam tadi tertengok gak lah sementara nak menunggu Masterchef bermula...sempat la tengok gol sebiji dari Indon & sebiji dari Malaysia...wahhh...gamat sekitar rumah aku dengar sorakan penyokong Malaysia...kebetulan masa malaysia skor gol...aku memang tengok masa tu...wah...tandukan yang hebat...lucky gol untuk Malaysia...

kul 9 aku tengok masterchef pastu 9.30 dah masuk tido..pgi ni baru aku tau yg Malaysia menang..mestilah sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan kemenangan tu...kat paper dah penuh dengan berita kehebatan malam tadi...

HARIMAU DAH MEMBAHAM GARUDA....TARING HARIMAU DAH MEMATAHKAN SAYAP GARUDA...
TAHNIAH HARIMAU MALAYA...

Wednesday, November 16, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut
dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

SEMINGGU DAH BERLALU

seminggu dah berlalu...khamis lepas..kami menatap wajah pak ngah untuk kali terakhir sebelum dibawa utk dikebumikan...teringat2 kami menaburkan cendana dalam kapan pak ngah..kesempatan yang x dapat kami buat untuk arwah abah...coz jenazah abah diuruskan oleh pihak hospital..

terbayang betapa tabahnya tok duduk dihujung kaki pak ngah melihat anaknya yang terakhir dikapan utk dikebumikan...tahu tok sedih...bila 4 orang anaknya dijemput Ilahi terlebih dahulu dari dia..tapi itu semua adalah ketentuan...yang patut kita redha...

Sunday, November 13, 2011

11.11.11

amboii cantik kan tarikh ni..semua org menunggu tarikh ni..untuk dijadikan tarikh keramat dalam sejarah hidup memasing..nak kenduri kawin...nak nikah...nak bersalin semua nak pilih tarikh ni...

sebenarnya tarikh hanya sekadar angka...bila pun masanya hanya doa yg mengiringi perjalanan hidup agar diberkati...

tapi pada tarikh ni juga...ada kejadian2 yg tidak diingini...kemalangan jalan raya yang melibatkan bas & treller berhampiran Behrang yang mengorbankan 4 nyawa penumpang dari Kedah..Al-Fatihah untuk yang terlibat...

& tarikh keramat ni juga menjadi pilihan cousin aku untuk mengabadikan dalam sejarah hidupnya...Sepupu aku ni memilih tarikh ni untuk majlis nikahnya..lepas jumaat ..jam 3pm..Alhamdulillah selamat sepupu aku tu dinikahkan...berkebetulan aku masih bercuti & berada kat kg sebab p ngah meninggal...makanya aku pun secara tak langsung terikut la ke majlis tu...penyertaan yang tak dirancang...kendurinya 25 Disember nanti...

** gambar ade..tapi x boleh masuk...sekadar bercerita jelah...

PAK NGAH MENINGGAL

9 NOVEMBER 2011..JAM 6.00PM

memang berita ni sungguh mengejutkan...pak ngah sihat..xde sakit pape..tetibe dapat call dari kg...mengatakan pak ngah meninggal..baru je pagi raya haji ritu kami bersalam dgn p ngah...so kami decide...nak balik sebiji kereta je..tunggu k cik & adik mat dari KL singgah ambik...+- kul 11 diaorg smpai TM...trs grak...x henti mana2...dlm perjalanan..+- dlm kul 12.30 teringat2 dlam masa yg sama 7 tahun lepas...p ngah drive van bawa aku & arwah anis dari Gerik balk ke kampung...& detik yg sama...kami drive ke kampung utk tgk pak ngah...dlm kul 4am smpai kg...terus ke rmh mak...tidokan anak2..kebetulan adik yg dr tgnu pn bru sampai...tido sekejap..dlm 2 jam...

kul 6am bgn..sbuh..kami dh siap nak ke rumah p ngah...mak & k teh tido rmh p ngah...mak n k teh balik..ganti aku & k cik lak ke sna...anak2 tglkan dgn k tam & k teh uruskan bila dah bangun nanti...

sampai rmh p ngah..trs g salam tok..nangis tok...pastu br g tgk arwah...Ya Allah sedihnya..sebak aku...kami dah kehilangan p ngah...cam x cya..tibe2...sekarang tok dah kehilangan semua anak2nya..yg ada dgn tok sekarang menantu & cucu, cicitnya sja...awal pagi masih blum ada org...aku sempat sedekah 3x Yassin untuk arwah pak ngah...sementara org lain bz...aku tunggu di tepi jenazah...rse cam aku duduk menemankan arwah abah dulu...

ramai gak sedare2 & kenalan p ngah yg dtg ziarah...dlm kul 9.30am...org dah sibuk utk mandikan jenazah...sebelum p ngah diusung untuk dimandikan...tok datang tepi katil tmpt p ngah ditempatkan...dia raut muka p ngah...dia cium muka p ngah...aku memang menangis ketika tu...smbil mengurut belakang tok...menenangkan tok...aku tahu tok sedih...dia dah kehilangan semua anak2 nya...tapi dia redha...xpe tok...tok masih ada cucu cicit..walaupun dah kehilangan semua anak2...

kul 10 siap dikapankan...semua anak cucu tgk org kapankan p ngah...dulu aku x smpat tgk org kapankan abah...sebab aku sibuk tolong kapankan anis...kini aku tgk p ngah dikapankan sampai ke akhirnya dimasukkan ke dlm keranda...kami anak2 sedara semua sempat taburkan serbuk cendana di kain putih p ngah...akhirnya p ngah dibawa ke masjid disembahyangkan & dikebumikan...

dah selesai urusan org meninggal...tinggal kami yg perlu meneruskan perjuangan ...mak x sihat..mungkin keletihan sebab semalaman tak tido...aku bawa mak ke rumah chik...bg makan ubat & bagi mak rehat & tido...Alhamdulillah...segar skit lepas mak bangun tu...k cik dah blik Kl ptg tu....k tam lak blik mlm tu...aku korbankan cuti aku...aku x smapi hati nk tinggalkan mak...mak x sihat...lagipun xpelah aku tolong keluarga m ngah untuk tahlil...smpai tahlil mlm ke tiga...aku tmpang cousin aku blk sbtu malam...lepas urusan fidyah...

12.30am kami grk dr AS...smpai TM dlm kul 3.30am...trs tido..letih sgt2...mujurlah keseokannya ahad...masih cuti..makanya bolehlah aku berehat seharian tu...

Wednesday, November 9, 2011

MULA KJE DAH

Rni aku dh MULA Kje semula...agar kelam Kabut rni...nk Siapkan report untuk meeting ESok...Bos suruh hantar sebelum lunch...pulun la aku...Alhamdulillah....kul 11 settle...dah siap email Kat bos....lege ...rasa lapang....pastu clearkan keje2 bertimbun sepanjang aku cuti...ok dah xde yg pending lagi...lege....ptg balik Rumah relex2 sambil basuh kain...sambil nonton tv...dapat call dr adik...Berita mengejut....Pak ngah...adik abah meninggal....Innalillah ...bru je hari raya ritu bersalam dengan Pak ngah...nampak sihat...tibe2 rini dapat Berita mengejut...aku balik kg lagi Malam ni...now tengah tunggu adik utk balik same2...harapkan aku nak drive..memang...x daya....dah la malam2...baru lak tu balik sni...ni balik ramai2 boleh la ganti2 drive kalau Ada yang ngantuk....

CiITER RAYA HAJI

6 hari aku Kat kampung...mestilah seronok Kat kampung...Makan...Makan...Dan ...Makan...itulah kerjanya...persiapan raya sederhanA je...xde Biskut raya....raya pertama...pagi2...sarapan ketupat...rendang...nasi himpit n kuah kacang hijau (resepi arwah tok aku Dulu...1st time buat....sedapnya....pastu...spera n cucur badak...byk gak menunya...pas selesai solat raya....pg Ziarah tok...pastu ke Rumah mak cik Kat kg...kebetulan...mak buatkn korban untuk adik...smua diuruskan di masjid...lebihan daging...kami Masak n Makan di Rumah mak cik....hmmm sdpnya...daging fresh...

Mlmnya buat makan2 jemput sedare2...meriah...riuh rendah bila berkumpul...menu Malam tu sate...laksa...apam pulkadot agar2...ketupat rendang...x termakan...Yelah pun..Dari Pagi asyik Makan je..

Esoknya cousin aku buat knduri akikah Kat Rumah dia...sblm pg...Pagi tu operasi kemas barang utk persediaan banjir...sementara Ada Kat kampung...tolonglah apa yg mampu...lege skit hati mak...

Selasa...aku dah break balik tm...kul 10am lepas breakfast...dah gerak....sampai tm...kul 3...letihnya...drive srg2...