entry aku rni adalah sal cendawan..sebabnya adalah kerana masa aku balik ritu ada cendawan yg tumbuh kt rumah aku & aku siap masak & sempat makan lagi...sebenarnya cendawan ni tumbuh kt tunggul kayu..x tanam pn...tapi cendawan yg tumbuh ni lain skit cm yg biasa kite dapat kat pasar...jenis liat kata mak aku..makanya kena lah siat halus2 mse nak masak tu...sebenarnya aku ni memang suka sayuran cendawan ni...x kire la kategori ape pn..kalau jumpa memang aku akan beli nye...memang terdapat pelbagai jenis sebenarnya kategori cendawan & khasiatnya...
CENDAWAN
Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
Cendawan ialah sejenis sayur yang lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai zat pemakanan yang baik untuk kesihatan.
Cendawan memerlukan bahan organik yang telah reput seperti kayu dan daun sebagai makanan. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian di atas permukaan media pertumbuhan (substrat) yang dinamakan jisim berbuah dan di dalam substrat iaitu bahagian tampang. Jisim berbuah terdiri daripada tudung yang sedap dimakan dan tangkai.
.
Jenis cendawan yang banyak ditanam di Malaysia pada masa ini ialah:
- Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida)
- Tiram Kelabu (P. Sajor-caju)
- Abalon (P. cystidiosus)
- Shitake (Lentinus edodes) dan
- Cendawan Telinga Kera (Auricularia polytricha)
- Cendawan abalon, tiram putih dan kelabu yang segar amat popular, diikuti cendawan kering shitake, cendawan butang dalam tin, abalon dan cendawan jerami padi.
Dewasa ini terdapat ratusan pengusaha yang menanam cendawan. Antara faktor yang mendorong mereka berbuat demikian ialah cendawan mengandungi khasiat pemakanan dan perubatan, mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, bahan sampingan pertanian dan industri yang banyak (hampar kapas, habuk kayu getah dan habuk kelapa sawit) dapat menjimatkan kos substrat dan pasaran cendawan segar yang cerah.
Umumnya, mereka terdiri daripada penanam padi, penanam sayur, pengusaha kantin, pesara dan kakitangan kerajaan. Negeri Selangor mempunyai paling ramai penanam cendawan diikuti dengan negeri Kedah, Pahang, Perlis, Johor dan Melaka.
Perantaraan pasaran cendawan segar terdiri daripada pasar tani dan pasar malam bagi pengusaha umum, pengguna institusi (hotel, restoran, pasar raya) dan juga pengeksport. Harga bergantung pada jenis dan kualiti cendawan segar yang dipasarkan. Pada umumnya harga runcit antara RM3.00-RM11.00/kg.
..
Oleh sebab permintaan melebihi bekalan, harga dan import cendawan meningkat dari setahun ke setahun. Contohnya, pada tahun 1996 cendawan segar yang sejuk dan terproses telah dimport sebanyak 25 ribu tan bernilai RM52 juta, berbanding dengan hanya 3 ribu tan bernilai RM22 juta pada tahun 1990.
Pihak institusi merupakan pengguna terbesar komoditi cendawan ini. Jumlah penggunaan setiap bulan bagi cendawan segar, cendawan kering dan cendawan dalam tin, masing-masing ialah 41.79%, 50.55% dan 7.75%. Manakala purata harga belian masing-masing pula ialah RM11.00/kg. RM71.00/kg dan RM2.14/tin.
.
Jenis masakan yang dihidangkan dengan menggunakan cendawan bagi restoran dan hotel mengikut keutamaan ialah sayur campuran, masak dengan daging, masak dengan ayam atau itik, masak dengan ikan, sup cendawan dan masak cendawan sahaja.
Memandangkan penggunaan dan pengimportan cendawan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun maka pengeluaran cendawan tempatan oleh pengusaha sangatlah cerah.
No comments:
Post a Comment