Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2011

ANGGUR


(28) وَعِنَبًا وَقَضْبًا( and grapes and grasses)-surah 'abasa 28

Anggur merupakan satu daripada buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat. selain daripada warnanya yang memukau setiap yang melihat,ia juga mempunyai rasa yang amat sedap. buah ini turut menjadi amalan Rasulullah kerana khasiatnya yang amat tinggi membantu menyihatkan tubuh badan.

Tiga jenis warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur merah, dan anggur hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza.


ANGGUR MERAH


Anggur merah merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan. Hal ini biasa dikaitkan dengan wanita yang mahukan diri sentiasa cantik dan kekal awet muda pada usia yang meningkat.

Kandungan antioksidan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanser, dan beberapa penyakit akibat penuaan.Khasiat anggur merah juga di percayai boleh mencegah dan membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza.

ANGGUR HITAM


Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute (SCRI), Dr Derek Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1”.

Hasil penyelidikan oleh Dr Stewart telah menemui bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji.


ANGGUR HIJAU



Anggur hijau juga tidak kurang khasiatnya
kepada kita. anggur hijau lebih sinonim dengan di dalam proses menguruskan badan.
Anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesehatan kerana kandungan kimia yang berada di dalamnya, salah satu di antaranya adalah flavonoid. Flavonoid merupakan senyawa fitokimia yang memberikan warna pada buah anggur. Flavonoid dapat mencegah oksidasi LDL (kolesterol jahat) 20 kali lebih kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal sebagai antioksidan alami.

dah berkebetulan aku baru balik dari ladang anggur...makanya rni aku nk buat la entry sal anggur...kebetulan aku ada terjumpa artikel sal anggur ni...byak kelebihan & khasiat anggur ni rupanya...jom layan

No comments:

Post a Comment