Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 22, 2010

SAJAK UNTUK ABAH

Abah..
tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah

Abah..
kerana abah aku di sini
kerana abah aku gembira
kerana abah ku terasa bahagia

Abah..
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

Abah..
ketika aku mengalah
engkau semangatku
ketika aku sakit
engkau penawarku
ketika aku bersedih
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu

No comments:

Post a Comment