Abah..
terpanar aku pada sentuhan keramatmu
mengheret aku mentafsir memori silammu
dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
surut dedarku pada usapan manteramu
tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
keakuranku pada tunjuk titah arahanmu
terpanar aku pada sentuhan keramatmu
mengheret aku mentafsir memori silammu
dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
surut dedarku pada usapan manteramu
tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
keakuranku pada tunjuk titah arahanmu
abah...
terima kasih kerana air matamu
tidak pernah gagal prihatin untuk kami
terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
tidak pernah gagal mengasihani kami
terima kasih kasih sayangmu yang takjub
tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hatimu
terima kasih atas segala susah payah
tidak pernah gagal memanjatkan doa
doa emak membawa ke syurga
doa abah jalan ke syurga
terima kasih kerana air matamu
tidak pernah gagal prihatin untuk kami
terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
tidak pernah gagal mengasihani kami
terima kasih kasih sayangmu yang takjub
tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hatimu
terima kasih atas segala susah payah
tidak pernah gagal memanjatkan doa
doa emak membawa ke syurga
doa abah jalan ke syurga
Abah,
anak-anakmu yang sudah dewasa ini
sesal dan terharu
bagai kehilangan kuasa lidah
sekalipun untuk mahu memohon maaf
atau..
berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
yang waktu kecil kami dahulu
selalu juga gagal..
... gagal kami temui dalam setiap dakapan
... gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
... gagal kami dengar dalam setiap doamu
hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
mengharapkan naluri abah
bertemu bisik hati kami
betapa kami...
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyurusn jari dipangkuanmu
dalam tangisan
anak-anakmu yang sudah dewasa ini
sesal dan terharu
bagai kehilangan kuasa lidah
sekalipun untuk mahu memohon maaf
atau..
berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
yang waktu kecil kami dahulu
selalu juga gagal..
... gagal kami temui dalam setiap dakapan
... gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
... gagal kami dengar dalam setiap doamu
hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
mengharapkan naluri abah
bertemu bisik hati kami
betapa kami...
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyurusn jari dipangkuanmu
dalam tangisan
Abah...
seperti emak yang selalu menangis gementar
memanjat harapan ke HadratNYA
anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
di antara turun hujan dan air matamu
waktu abah menghambakan hayat
menyuah seluruh nafasmu ke bendang
antara tergesa-gesa dan mengah
dalam cahaya senja
seperti emak yang selalu menangis gementar
memanjat harapan ke HadratNYA
anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
di antara turun hujan dan air matamu
waktu abah menghambakan hayat
menyuah seluruh nafasmu ke bendang
antara tergesa-gesa dan mengah
dalam cahaya senja
Abah..
terpancar kebanggaan
dalam senyumanmu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkn
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
terpancar kebanggaan
dalam senyumanmu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkn
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
Abah..
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
di saat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
di saat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
Abah..
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu abah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu abah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
rini aku nk buat entry sal abah...bersempena dengan hari ulangtahun abah...sebenarnya dh lama aku nk buat entry sal abah...sejak dari Hari Bapa ritu lagi...tp memang aku xde mase...so rini aku terpaksa curi masa untuk buat entry sal abah...x byk pic2 abah yg ada dlm koleksiku...tp ckuplh pic yg ada ni utk sebagai kenangan dlm hidupku...
No comments:
Post a Comment