Dipetik dari Ceramah Dato’ Haji Fadhilah Kamsah di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris: “Adakah Anda Punca Masalah Di Pejabat?”, 8 April 2011.

  • Dalam kehidupan ini Allah akan memberikan apa yang anda perlukan dan apa yang terbaik untuk anda, walaupun ianya bukan yang anda mahukan.
  • Anggaplah setiap hari adalah hari terakhir anda hidup di dunia ini kerana dengan berfikiran demikian anda akan melakukan sehabis baik untuk hari tersebut…mungkin esok anda sudah tiada lagi di dunia ini
  • Ucapkanlah terima kasih kepada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak, ketua, anak buah dan sesiapa sahaja di sekitar anda
  • Bersyukur dan berbahagialah menjadi warga UPSI.
  • Orang yang bersyukur:
  1. Adalah orang yang sentiasa mengucapkan terima kasih
  2. Sentiasa melihat salah sendiri
  3. Sentiasa mendoakan UPSI (ketua, rakan sekerja dll)
  4. Elakkan membuat maksiat
  5. Ingat mati dan bersedia untuk mati dengan melengkapkan ibadah
  6. Memaafkan orang
  7. Lakukan apa sahaja dengan bersungguh-sungguh dan terbaik
  8. Bersedekah
  9. Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik

3 perkara yang menjadi punca masalah:

  1. Hati yang kotor
  2. Fikiran yang negatif
  3. Amalan yang tidak betul

“Ilmu itu cahaya…ia tidak akan turun ke hati yang gelap”

Kaedah Membersihkan hati

  • Dirikan solat dan berpuasa
  • Istighfar dan zikrullah
  • Solat taubat dan solat tahajud
  • Baca al-Qur’an, hadith dll
  • Meminta dan memberi maaf
  • Muhasabah diri
  • Mencuci tandas, pinggan dan lain-lain (Allah sukakan kebersihan)

Punca Masalah

  • Ingkar
  • Tak kenal diri yang sebenar
  • Hati, fikiran dan amalan yang tidak betul
  • Enggan berubah
  • Niat tidak murni
  • Bodoh sombong
  • Tiada semangat kerjasama

10 amalan untuk satu hati

  • Doakan kawan sekerja
  • Maafkan semua orang
  • Bantu orang lain tanpa berkira
  • Usaha untuk membahagiakan orang lain
  • Bangunkan orang lain
  • “Baca” orang lain dengan tepat
  • Kerjasama dan bertindak secara jemaah
  • Lebih terbuka - puji dulu sebelum tegur
  • Sentiasa satu fikir satu hati - serasikan matlamat
  • Yang tua doakan yang muda begitu juga sebaliknya