Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

PERALIHAN WARNA

adakah perubahan umur ada sangkut paut dengan perubahan warna...entah lah...pada diri aku...semenjak dewasa & kenal erti hidup...mulanya...aku suka warna ungu...sampaikan waktu tu...pilihan baju aku...kebanyakan berwarna ungu...sampai ditegur..nape asyik ungu je...

pastu...peralihan umur...dah bertukar ke warna perang/cokelat...makanya...baju2 pun pilih..warna tu yang melekat di mata...pilih punya pilih...warna perang/cokelat yang yg menarik hati...sampaikan warna kereta dan rumah aku pun dah cokelat..

umur beralih lagi...warna turut bertukar...dah suka warna hitam, merah & putih...ni dah bercita2 nak tukar warna2 tu le lak...haishhh...boleh ke ikut kata hati ni...ti tu la nye...nak buat cmne...dh terbekenan di hati....Insyaallah pelan2 buat perubahan..

tapi kalau diikut dari tarikh lahir...aku ni pemegang warna "PERANG"

"""24 Ogos hingga 2hb September – Perang"""

& diakui memang warna ni agak serasi dengan diriku...mungkinkah sebab aku ni anak sulung...yang dikategorikan sebagai tanah...bersesuaian dengan warna...andaian yg dibuat sendiri ...hihihi...ape2lah..sebenarnya semuanya kuasa Tuhan...

WARNA2 YG ADA DALAM DIRI AKU...




Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.




Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!



Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!





Perang/Koko/Cokelat

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?




Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka

No comments:

Post a Comment