semalam 22 Ogos merupakan ulangtahun kelahiran abah...biarpun abah dah tiada...tapi abah sentiasa segar di ingatan...sedar x sedar dah 7 tahun abah meninggalkan kami...terasa2 cam abah sentiasa ada bersama kami...
Abah…
Dirimu ibarat kepulan awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
Abah….
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Abah….
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
Abah…..
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terimakasih ayah…..semoga Allah memberkati amalanmu.
ABAH
Pelukan abah waktu itu
Masih segar terasa
Masih hangat dalam ingatan
Walaupun abah sudah lama pergi
Wajah abah yang sentiasa ceria
Selalau bermain difikiranku
Membuat hatiku rindu selalu
Rindu pada setiap kalimah bicaranya
Yang selalu menasihatiku kearah kebaikkan
Hati ini tidak pernah sayu
Sewaktu ayah masih ada
Namun
Kehidupan harus diteruskan
Demi mencapai hasrat abah
Yang ingin aku berjaya
Dan terus berjaya dalam hidup
Dan membela nasib keluarga
Yang serba kekurangan
Didak akan kuhampakan
Segala kemahuan abah
Kerna abah tidak pernah
Menghampakan segala permintaaanku
Walau apapun kupinta ia tetap hulurkan
Terima kasih ayah dirimu tetap ada dalam hatiku
secebis kisah..
pada satu pagi ayah minum bersama sama dengan anaknya, yang sudah pun dewasa,tiba tiba siayah ternampak seekor burung sedang hinggap diatas pokok diluar rumahnya, lalu seayah bertanya…burung apa yang hinggap diluar tu,lalu dijawab oleh anaknya,namun begitu ayahnya tetap mengulangi soalan tersebut berulang ulang kali,sehingga menimbulkan kemarahan anaknya,lalu ayahnya bangun dan pergi kebiliknya dan membawa bersama sebuah dairy, lalu ayahnya menujukkan salah satu muka surat dairi itu yang tertulis tentang anaknya bertanyakan tentang soalan yang sama sebanyak 25 kali,barulah anak itu menyedari apa sebenarnya yang diinginkan oleh ayahnya…sekadar renungan bersama di saat hari bapa ini….betapa itulah ayah kita yang terlalu banyak pergorbanan untuk membesarkan sebuah keluarga…hargailah pengorbanan mereka…..dengan menghormati dan mengasihi mereka…………sekiranya mereka berada di alam barzakh….janganlah terlalu bakhil untuk mendoakan mereka….amin…
No comments:
Post a Comment