Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

SYA'ABAN

dah pun masuk bulan ke 8 dalam kalendar islam...Sya'aban...bulan depan dah pun Ramadhan..untuk semua umat sama2 berpuasa...marilah kita sama tengok apa peristiwa2 di bulan Sya'aban ni...

PENGERTIAN SYAABAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu
itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang
pasir. Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah
sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam
hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada
sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab,
“Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu
berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan
untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk
menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

· Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar
untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang
lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam
memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan
Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan
bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari
pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada
akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh
nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh
tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa
kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah
Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W.
bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan
perbaiki niatmu."
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana
kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa
berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia
akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah
seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya
sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan
(terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara
Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga
baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir
khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan
Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w.: “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah
menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa
yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku
beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah
lalu, diberkatikan rezki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala
membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah
datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada
malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan
kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata
saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah
dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang
suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina,pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang
yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali
persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya
sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya
itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta
menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung
pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji
bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para
sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu
itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan
diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu
menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para
Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh
mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari
Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang
berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW
mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu
perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib
dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus
mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk
membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh
seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan
bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari
Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin
dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri
pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-
Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris
bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan

perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik,
ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan,
Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal. Tetapi, Barrah waktu itu langsung
menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan
menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW
mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah
memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai
dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan
di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Wednesday, June 29, 2011

ISRAK MIKRAJ

semalam 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432 adalah hari Israk Mikraj...bersama ini ingin aku kongsikan peristiwa tersebut...

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama. Di bawah merupakan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SNOWALK AGAIN
































ritu aku dah g snowalk dgn kanak2 ribena...si abang x join coz dok asrama...bila balik rumah tgok pic adik2 ..dah terase hati lak...makanya bawalah si abang lak merasa main ais ni...8.30pm kuar dr rmh..jem kat federal hiway...1 jam br smpai...bla smpai dh penuh parking...kena lak RM10 utk parking...dh la msuk situ RM25 1 kpla....1/2 jam je pun dapat bertahan dlm tu...ingatkan si hakim tu tahan..tapi hampeh...dah nk lari keluar...disebabkan kami g berdua makanya...ada la pic aku...dlu aku tukang ambik pic...pas kuar dr situ..round2 kejab pastu mkan ..icitu punye hal...teh tarik RM3 & burger RM4..belasah jelah...dh lapar kan...dh kenyang baru blik...12.45pm br smpai rumah...kesimpulannya sma je dgn yg dulu..ingatkan ada la perubahan...cumanya ada gelongsor kasut & pelampong...yg gelongsor kami naik dlu dh senget...x leh gne lgi dah...jom layan pic

Monday, June 20, 2011

SAHABAT


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong,atau menghentak hentakkan kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat.Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

11. Jika salah seorg marah, beri peluang diamelepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati org lain,begitulah sebalik nya org lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.

Cuba check diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita.Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya selera........

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.Bila seorang bertanya, Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali? Rasulullah s.a.w. bersabda, Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sunday, June 19, 2011

AKADEMI FANTASIA


tamat sudah demam AF setelah 9 tahun menemani anda...pasni xde lagi la tangisan demi AF..duit pn x habis nk sms...sunyikah astro tanpa AF nanti?? apa pun tahniah pada pemenang2 AF...bukan sikit hadiah utk rancangan realiti ni...dengan bakat je dapat miliki, rumah, kereta & wang tunai..rezeki memasing...xde lagi la nyanyian menuju puncak..rindukah rakyat Malaysia dengan semua ni??

aku tngok2 cmtu je...tapi aku ske dgn lagu2 AF9 ni...jom layan antra lagu2 yg aku minat ni...



SISA KISAH HIDUP KITA

Dari sisa sisa kisah kita berdua

Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta

Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Oh tuhan, berikanlah ku kekuatan

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya





HATIMU MILIKKU

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini





CINTA TERAGUNG

Maafkan aku sekiranya tak termampu

Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Maafkan aku sekiranya

Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

SELAMAT HARI BAPA



'Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya'

smlm 19 Jun 2011..merupakan hari bapa...SELAMAT HARI BAPA...buat semua insan bergelar bapa di dunia ini...AL-FATIHAH untuk arwah abahku...Moga aman di sana...

Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda…

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau….
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal …
…..Gagal kami temui dalam setiap dakapan
…..Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
…..Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami….
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga



Thursday, June 16, 2011

TAMMAT SUDAH...




ape kaitannya tajuk ni...mestilah drama NORA ELENA...smlm adalah last episod bagi drama ni...makanya hilanglah terikatan aku pada ptg hari setiap hari...so bila dah habis boleh la buat kesimpulannya...

pada aku...kalau drama ni dipanjangkan lagi..dgn x cut jalan citer dia mesti lagi best...aku yakin ramai x puas hati biarpun drama ni dah habis...x puas tengok seth & elena ni...ending dia oklah...tapi kalau tunjuk kat sape baby tu ditinggalkan...cara camne diselamatkan mesti lgi syok...tapi yelah..kadang2 citer drama dgn dlm novel mana boleh semua diikut...kira oklah drma ni...kategori berjaya menarik ribuan penonton & salah sorangnya mestilah aku...yg aku x puas hati..iklan tu lama sgt...5 mnt x 4 utk 1 slot...ish ngacau btul kan utk org mghyati citer tu...

tapi aku lagi feeling baca novel dr tengok drama ni....:)


LAGU TEMA OST DRAMA NORA ELENA
  1. Dan Bila Esok - Sofaz
  2. Sesuatu yang Berbeza - Sofaz
  3. Biar Hati yang Mencintai - Sarah Aqilah
  4. Terhenti Di Sini - Asfan
  5. Berubah - Erry Putra & Reen Rahim
  6. Jangan Kau Pergi - Erry Putra & Reen Rahim


Monday, June 13, 2011

NORA ELENA





Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!













sekarang ni aku dah tersangkut lak dgn drama ni...kena lak heronya aaron aziz...hero yg aku minat...hensome lak tu hehehe...pd aku aaron aziz ni cam junior rosyam noor la..hero pujaan hatiku...

sebenarnya dah lama pun aku baca novel ni & menjadi antara koleksi kegemaranku...tahun 2007 aku g book fair kat PWTC makanya terbelilah novel ni..kena lak penulisnya Meen Zulaikha ada masa tu..dapatlah aku signature kt muka depan novel aku tu...

memang mase ngadap novel ni feeling habis...bila dh kuar drama lak mstilh xkn lepas...cumanya x smua jalan citer dlm novel tu same dlm drama...apa pun bestlah...vote for Nora Elena

X SIHAT


lepas balik dr bercuti ni ..x sihat lak aku...mula x lart..igtkan sebab travel jauh dr kg...pasti dok berjemur kat bukit merah tu smbung dgn kenduri..ble dh smapi TM ni semakin menjadi2 lak...batuk2..pastu + selsema + demam + mcm2....makanya semlm kena la ambik ubt sebab ubt2 yg aku makan kt rmh dh x jd ape dh...dptlh mc 1 hri...makn ubt + rehat + tdo...oklah skit rini....tapi masih lg dlm keadaan yg x sht...cuaca skrg ke? @ aku yg x tahan lasak...entahlah...redha jelah dgn skit yg tuhan bagi ni...insyaallah moga cepatlah lega skit aku ni....

REBUTLAH PELUANG SEBELUM MATI


Rebutlah peluang sebelum mati

~~Kerana hidup hanya sekali
Masa pergi tak akan kembali
Bila terlepas amat dikesali


~~Kerana masa cepat berlari
Dalam diam tanpa disedari
Umur meningkat setiap hari


~~Banyakkan taubat beramal bakti
Insafi diri muhasabah diri
Sebelum maut datang menghampiri
Rebutlah peluang sebelum mati
Tingkatkan ibadah seikhlas hati
Berbuat amal baik pekerti
Kelak hidup Allah berkati


~~Ilmu berguna mesti dipelajari
Harta dan rezeki juga dicari
Untuk kesenangan diri sendiri


~~Bekerja berusaha jangan berhenti
Usah asyik berleka lagi
Jika sia-sia alangkah rugi


~~Ajaran yang baik kita ikuti
Berpandukan Al-Qur’an iman sejati
Dunia akhirat bahagia pasti


~~Sementara hidup kita berbudi
Kepada agama bangsa pertiwi
Menjadi kenangan di kemudian hari

LOVE IS CINTA


LOVE IS CINTA

Cintailah sesiapa sahaja

Asal wadahnya cinta Allah

Hati tidak resah

Jiwa tak akan gelisah

Jauh terhubung rindu

Dekat terikat padu

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan mahasiswa masa kini. Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud dari satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia serta makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Benarkah seperti yang dikatakan ‘cinta pandang pertama itu wujud’? Pakar-pakar psikologi mengatakan ia wujud. Salah satu teori psikologi yang digunakan bagi menerangkan fenomena itu adalah teori kuasa tarikan. Setiap individu memiliki kuasa tarikan, ada yang memiliki kuasa tarikan tinggi dan ada pula yang memiliki kuasa tarikan rendah.

Menurut pakar psikologi, siswi menganggap cinta adalah sejenis emosi. Sebaliknya, siswa pula mengatakan cinta adalah suatu peristiwa atau kejadian, bukannya emosi.Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. Oleh itu bagi mahasiswa atau remaja lelaki, sekali mereka jatuh cinta dengan pasangannya, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa. Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cinta, maka baginya selepas itu perkataan cinta itu tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan dengan mahasiswi atau remaja perempuan, mereka sentiasa mahu mendengar kata-kata cinta. Realiti atau ilusi? Bercinta di IPT, sesuai atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat berkenaan hal ini. Namun bagi penulis, cinta di IPT boleh dijalinkan asalkan tahu batasan masing-masing. Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan termasuklah mahasiswa. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi mahasiswa kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka. Ramai mahasiswa melafazkan cinta tetapi mereka sendiri tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius dalam kehidupan di kampus. Kerana cinta, pertelingkahan antara kawan berlaku, keputusan akademik merosot dan hidup terumbang-ambing. Namun ada juga yang sebaliknya. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan mahasiswa Muslim menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu menyebabkan mahasiswa Muslim memusnahkan etika spiritual dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh diri akibat tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta kerana ia sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun, cinta dalam Islam perlu melalui peringkat-peringkat berikut :

1. Cinta Kepada Allah

Cinta yang tertinggi adalah cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepadaNya, ia tidak akan memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah.

Firman Allah swt : “…(walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah….”(Surah Al-Baqarah:165)

2. Cinta Kepada Rasulullah s.a.w. dan para Anbia’

Ketika manusia dalam kegelapan, maka diutuskan seorang pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut adalah Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi kewajipan kepada kita untuk memberikan cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan para anbia’ dengan mengikut segala sifat yang terpuji baginda. Atas rasa cinta inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w. dalam usaha menyebarkan agama Islam.

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga , kawan-kawan dan semua makhluk Allah.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia harus diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenang-wenangnya.

Pengalaman sudahpun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi perbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai serta melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala.

Mahasiswa selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin dicintai dan mencintai adalah ‘instinct’. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad yang perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak mengurniakan cinta begitu sahaja. Oleh itu, Dia mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan-peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh para remaja kini.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang iaitu cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Peraturan cinta diadakan kerana Allah mencintai manusia. Allah menginginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.

Peraturan cinta bagai lampu isyarat di jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Peraturan utama dalam cinta adalah cinta itu perlu didasarkan kepada cinta Allah. Allah memberi kita fitrah lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi pastikan cinta itu memudahkan kita mencintai Allah. Selain itu, pastikan juga semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.

Maka dalam meniti usia remaja, mahasiswa perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hambanya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan, jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersemi dan bersambung ke alam akhirat. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.