berbanding tahun lepas hiasan yg lebih kepada patung..tahun ni lak ala2 gerbang...cam lebih kurang gerbang perkahwinan ala2 garden...layan je.....
My CaRrIeR, My FaMiLy, My FrIeNdS, My JoUrNeYs ARE MY LIFE... LiFe MuSt Go On.... I CAnT ChAnGe ThE PaSt... BUt I CaN ChAnGe ThE FuTuRe....
Thursday, July 14, 2011
INDOOR DECOR - GERBANG
berbanding tahun lepas hiasan yg lebih kepada patung..tahun ni lak ala2 gerbang...cam lebih kurang gerbang perkahwinan ala2 garden...layan je.....
INDOOR DECOR - LAMAN
INDOOR DECOR - BUNGA MAWAR
MAWAR UNTUK SELAMANYA
sebenarnya ini adalah tema untuk Floria 2011...tema tahun ni adalah bunga mawar @ ros...makanya mawar la di merata2...pelbagai warna....harum mewangi...siap dijual mawar segar & pokok mawar lagi...tapi ade jagak la bunga2 lain & barangan lain...disebabkan aku pergi di hari ke 2...maka bunga2 ada yg telah layu..yelah pun...kan bunga ni jenis yg x tahan panas...tapi puas hati la dpat snap pic pelbagai jenis hiasan bunga mawar ni...jom layan antara pic2 yg aku ambik...
FLORIA 2011


Putrajaya Floria, Festival Bunga dan Taman Putrajaya akan dianjurkan sekali lagi di Putrajaya, Malaysia. Pesta selama 9 hari ini akan bermula pada 9hb hingga 17hb Julai 2011.
Putrajaya Floria 2011 adalah acara bertaraf antarabangsa yang dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pengunjung pasti terpesona dengan bunga-bunga dan dedaun yang kemas diatur dan landskap dalam pelbagai gaya dan susunan yang akan mewujudkan kemeriahan warna-warni dengan lokasi khas untuk memberikan peluang bergambar. Adalah diharapkan agar festival ini dapat menyemai rasa hormat dan cinta pengunjung terhadap alam semulajadi, warna, bunga, tumbuh-tumbuhan dan minat untuk berkebun.
Terdapat begitu banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di dalam kawasan seluas 15 ekar ini. Di samping itu, terdapat banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Pada waktu malam, semua tarikan tersebut seperti bunga-bunga dan taman akan dihiasi dengan cahaya yang menampilkan pandangan memukau yang terhasil oleh cahaya dari bangunan, struktur dan jambatan di Putrajaya. Sebahagian daripada daya tarikan di Floria 2011 adalah:
Taman-taman perhiasan Flora
Taman Istimewa Ros
Taman Antarabangsa
Taman-taman Korporat
Taman-taman Pertunjukan Sekolah dan Universiti
Taman-taman NGO
Taman Terapi
Astaka Flora
Bazar Taman
Persembahan Seni & Kebudayaan
Masuk Percuma
Tarikh : 9hb - 17hb Julai 2011
Tempat : Waterfront Presint 2, Putrajaya
Masa Lawatan : Isnin - Khamis : 9.00 pg - 10.00 mlm
Jumaat - Ahad : 9.00 pg - 12.00 mlm
NISFU SYAABAN
Nisfu Syaaban malam pengampunan
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Wednesday, July 6, 2011
NPE DGN AKU NI...

kemalasan melanda..nak diikutkan keje agak banyak gak...biasa la awal bulan...pastu bercuti ritu balik kg...jdnya berhari2 la aku x sempat nka berblog...yg paling benar...aku dilanda penyakit malas...banyak entry nak buat...tapi x ter buat...asyik dok membelek blok org jer...xpe nnti ade mood...makan banyaklah entry2 terbaru aku...tunggu..........