My CaRrIeR, My FaMiLy, My FrIeNdS, My JoUrNeYs ARE MY LIFE... LiFe MuSt Go On.... I CAnT ChAnGe ThE PaSt... BUt I CaN ChAnGe ThE FuTuRe....
Tuesday, November 22, 2011
OMBAK RINDU LAGI
buat promo sikit...
FILEM : OMBAK RINDU...
TAYANGAN PADA : 1 DISEMBER 2011
LAKONAN : AARON AZIZ, MAYA KARIN, LISA SURIHANI
ADAPTASI DARI NOVEL : FAUZIAH ASHAARI
SINOPSIS :
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
OMBAK RINDU
aku dah terjatuh hati kat lagu trailer ombak rindu ni nyanyian hafiz & adira ni...rasa tak sabar menunggu 1 Disember nak tengok filem ni ditayangkan...biasalah kalau citer dari novel ni...mestilah aku xkan lepaskan peluang...dah khatam lama dah novelnya...& x pernah jemu membacanya berulang kali...harap filem ni menepati isi cerita novel tu..
novel ni dari novelis kegemaran aku...Fauziah Ashaari...hampir semua novelnya menjadi koleksiku...wahhh...x sabarnya nak tengok filem ni...dah la ade trailer kt astro tu...nak lak aaron aziz hero aku yg berlakon...eii bestnye...teringat2 citer nora elena lakonan aaron aziz & siti saleha yang hangat diperkatakan suatu ketika dulu...semua nakkn lelaki seromantik "seth"...romantik giler tu hihihi...
Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Monday, November 21, 2011
CAM BERJAYA
tadi mood sedih...tapi bila aku cuba tadi..cam berjaya je masukkan gambar..betul ke ni...xpe kita cuba lagi...kalau berjaya...akulah insan yang paling seronok...& bersemangatlah aku lepas ni nak berblog lagi....cuba dengan harapan berjaya...
dan resultnya...YESS!!!..BERJAYA!!!...ALHAMDULILLAH....
barulah cantik berseri kan bila ada gambar...aku suka...suka...suka...
ala...baru seronok..tibe2 jadi balik...entahlah :(..dah jadi keliru...
SEDIH LA...

sebenarnya aku bukannya sedih ape...sedih sebab semangat berblog aku dah menurun..aku kan jenis manusia yg suka cerita bergambar...bila ada masalah nak masukkn gambar maka mood berblog aku pun jadi slow...takkan aku nak buka akaun baru kot...sayang la aku dengan blog aku ni...yang dah lebih 2 tahun bersama aku...dah aku godek2 bagai bagi cantik...dah macam2 aku buat...
TAHNIAH HARIMAU MALAYA

aku bukanlah peminat bola sepak..tapi malam tadi tertengok gak lah sementara nak menunggu Masterchef bermula...sempat la tengok gol sebiji dari Indon & sebiji dari Malaysia...wahhh...gamat sekitar rumah aku dengar sorakan penyokong Malaysia...kebetulan masa malaysia skor gol...aku memang tengok masa tu...wah...tandukan yang hebat...lucky gol untuk Malaysia...
kul 9 aku tengok masterchef pastu 9.30 dah masuk tido..pgi ni baru aku tau yg Malaysia menang..mestilah sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan kemenangan tu...kat paper dah penuh dengan berita kehebatan malam tadi...
HARIMAU DAH MEMBAHAM GARUDA....TARING HARIMAU DAH MEMATAHKAN SAYAP GARUDA...
TAHNIAH HARIMAU MALAYA...
Wednesday, November 16, 2011
TANDA-TANDA KEMATIAN
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut
dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

SEMINGGU DAH BERLALU
seminggu dah berlalu...khamis lepas..kami menatap wajah pak ngah untuk kali terakhir sebelum dibawa utk dikebumikan...teringat2 kami menaburkan cendana dalam kapan pak ngah..kesempatan yang x dapat kami buat untuk arwah abah...coz jenazah abah diuruskan oleh pihak hospital..
terbayang betapa tabahnya tok duduk dihujung kaki pak ngah melihat anaknya yang terakhir dikapan utk dikebumikan...tahu tok sedih...bila 4 orang anaknya dijemput Ilahi terlebih dahulu dari dia..tapi itu semua adalah ketentuan...yang patut kita redha...

Subscribe to:
Posts (Atom)