Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 4, 2011

PAGI SYAWAL 2011




seperti biasa di pagi syawal...berkumpul bermaafan...tapi tahun ni ada kelainan sikit...sebelum2 ni...acara ni dibuat sebelum pg solat sunat hari raya...tapi tahun ni..ade sikit perubahan...dibuat selepas sembahyang sunat hari raya...ini adalah disebabkan anak2 yg demam & macam2 hal di pagi raya tu...

raya tahun ni..x semeriah tahun lepas...semua ada...adik ipar aku xde..terpaksa bekerja di hari raya...adik aku yg sorang lagi pun kene keje gak...tapi sempat gak balik kejab di pagi raya tu...anak buah yang sorang lagi tu lak...demam...x bangun2...makanya gambar di pagi raya tahun ni..x berapa la nk cukup korum...kononnya tema kelabu tahun ni...tapi bercampur gak sikit ...kira oklah tu...

lepas bersalaman bagi duit raya..dah masing2 buat hal...sempat la bergambar sikit2...xpelah tahun ni agak kelam kabut...harapnye tahun depan semua sihat2 & dapat balik berkumpul beraya bersama lagi... INSYAALLAH....layan jelah pic2 yg x seberapa ni...ape yg pnting ade gak...

ADE LAGI KE?

ni pic tahun lepas...tahun ni aku x gne langsung kamera aku..

raya baru ni aku ziarah kubur anis & abah...terang benderang..lapang..smua pokok2 besar dah ditebang...kononnya x lama lagi kawasan kubur tu akan ditambun semula...sebab dh penuh...& nak digunakan pada orang2 yg akan dtg...sedihnya...bila dah ditambun mn lagi tandanya...camne nnti bila raya nak datang ziarah...

aku x setuju cara tu...tapi siapa aku...itu keputusan kariah kampung...kami terpakse redha...& aku rse ramai lg yg x setuju...tapi x dapat nak buat ape...cuma mak ada minta kat kami adik beradik sedekahkan untuk ditambun tu...sedihnye...

memang dah lame dgr mak cakap nk ditambun...tapi x ditambun lagi...tapi kali ni macam dah betul2 pun...entah tahun depan cmne...ade lagi ke pusara abah & anis yg kami nk tabur bunga & siram air ...harap2 adalah perubahan yang dibuat....AMIN...

PUASA ENAM SYAWAL






"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”

hikmah berpuasa 6 hari di bulan Syawal;

1.Pelengkap dari puasa Ramadhan
Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi – “Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

2.Menyediakan sistem pencernaan
Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

3.Amalan Ramadhan tidak terputus
Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

4.Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.


Namun, bagi mereka yang mempunyai hutang berpuasa di bulan Ramadhan, haruslan menyudahkannya dahulu sebelum memulakan berpuasa 6 ini. Ini kerana barangsiapa yang berpuasa Syawal terlebih dahulu dan masih ada tanggungan puasa Ramadhan, maka puasanya itu hanya dianggap puasa sunnah muthlaq (puasa sunnah biasa) dan tidak mendapatkan ganjaran puasa Syawal. Ini kerana berbalik kepada sabda Rasulullah s.a.w tadi, “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan…”

Anda mungkin juga meminati:

SYAWAL


Pengertian dan keutamaan Syawal

Bulan Syawal adalah bulan sangat yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal, di antaranya:

1. Bulan Syawal adalah bulan keampunan.
Sabda Rasulullah s.a.w dan Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya: "Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, Allah Taala berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Hari Rayajuga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Lalu ada seruan: "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.” Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni." (ZubdatulWa'izhiina) Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Dari Wahab bin Munabbih, bahawa dia berkata: Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: "Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan." Iblis berkata: "Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah mengampuni umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka sibuk dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya." Orang-orang yang berakal hendaknya dapat menahan dirinya pada hari Raya, dari segala macam nafsu syahwat serta dari segala yang dilarang, bahkan hendaknya selalu taat untuk-Nya.

2. Bulan yang dikabulkan doa dan Allah s.w.t melihat dengan rahmat kasih sayangNya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang." (Durratul Wa'izhiina) Awal pagi Syawal kita disunatkan sembahyang hari raya dan Allah s.w.t menjanjikan keredaan dan kempunan-Nya. Berkata Nabi s.a.w: "Apabila Hari Raya Fitri, maka Allah mengirim para Malaikat. Maka para Malaikat sama-sama turun ke bumi di setiap daerah, lalu mereka berkata: "Hai umat Muhammad, keluarlah kamu semua kepada Tuhan Yang Maha Mulial" Maka ketika mereka teldh tampak keluar ke tempat solat mereka, Allah berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."

3. Bulan yang merupakan peringatan kepada hari akhirat.
Dikatakan juga: "Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini merupakan peringatan terhadap Hari Raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang, sebahagian dari mereka adayangpergi dengan berjalan, sebahagian lagi ada yang berkenderaan, sebahagian dari mereka ada yang berpakaian dan adajuga yang tidak berpakaian, sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang indah dan sebahagian yang lain ada beropakaian biasa dan sebahagian ada yang tertawa riang dan sebahagian lainnya ada yang menangis, maka ingatlah perjalanan di hari kiamat, sesungguhnya hai itupun demikian pula."


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI





sepatutnya entry raya ni dibuat sebelum aku balik kg ritu...tapi x sempat...aura raya dah menyelubungi diri..makanya rinilah baru berkesempatan nak buat...

ok bersempena raya ni...aku memohon ampun maaf..sekiranya terkasar bahasa sama ada disedari @ tidak...

11 bln
banyak kata sudah di ucapkan
dan dilontarkan tak semua menyejukan

banyak prilaku yang sudah dibuat
dan diciptakan tak semua menyenangkan

banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri
Mari kita memaafkan, mohon maaf lahir dan batin

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 54










raya tahun ni bersambung dengan hari kemerdekaan negara kita...makanya jadilah "RAYA MERDEKA"...kalau sebelum ni merdeka disambut meriah..tapi tahun ni kemerdekaan agak ditenggelami oleh sambutan Aidil Fitri...iklan2 di TV pun gabungan merdeka raya...

KEMBALI SEMULA




selesai sudah acara berhari raya di kampung halaman tercinta...makanya bermulalah rutin kerja harian...tapi masih dalam mood raya...mood kerja x berapa nak datang lagi...rini slow2 mencari mood kerja...sambil berblog setelah lama ditinggalkan kerana bercuti...

aku mula balik kg pada 27/8 ..kononnya pukul 4.30am dah nak gerak..tut tit tut tit...jadi 5.30am baru boleh gerak..tunggu sana sini..bersahur di tepi jalan..& macam2 hal...biasa la ramai2 cmtu la jadinya...yg specialnya..sahur kali ni KFC & Burger King...dah kenyang barulah gerak..singgah subuh kat R&R Tapah..sampai kg dlm kul 11am..

seronoknya balik kg kali ni awal...makanya dapatlah berbuka puasa beramai2 selama 3 hari sebelum raya... ketupat pun boleh buat awl..xdelah terkejar2 cam sebelum ni...sehari sebelum raya..kelam kabut semua nak dibuat...pegi pasar membeli barang pun rasa aman...xde berebut2 sangat...

agak kurang seronok raya kali ni...sebabnya...2 anak demam...pastu ade yg x dpat cuti raya...apa pun di pagi raya tu semua ada...cuma x dpat beraya sakan seperti tahun2 lepas...gambar pun sikit je yg dapat ambik...xpelah..nak buat cmne..kemeriahan raya tahun ni x brape nk ada...apa pun syukur semua dapat merayakannya....

pejam celik...makan tido...sedar x sedar dah 8 hari kat kg...dah sampai masa untuk kembali ke destinasi masing2...kalau balik kg ritu...4am gerak..balik sini pun sama gak..4am gerak ..kononya untuk elakkan jem..alhamdulillah..selamat sampai semua....