Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 4, 2011

SYAWAL


Pengertian dan keutamaan Syawal

Bulan Syawal adalah bulan sangat yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal, di antaranya:

1. Bulan Syawal adalah bulan keampunan.
Sabda Rasulullah s.a.w dan Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya: "Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, Allah Taala berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Hari Rayajuga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Lalu ada seruan: "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.” Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni." (ZubdatulWa'izhiina) Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Dari Wahab bin Munabbih, bahawa dia berkata: Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: "Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan." Iblis berkata: "Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah mengampuni umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka sibuk dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya." Orang-orang yang berakal hendaknya dapat menahan dirinya pada hari Raya, dari segala macam nafsu syahwat serta dari segala yang dilarang, bahkan hendaknya selalu taat untuk-Nya.

2. Bulan yang dikabulkan doa dan Allah s.w.t melihat dengan rahmat kasih sayangNya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang." (Durratul Wa'izhiina) Awal pagi Syawal kita disunatkan sembahyang hari raya dan Allah s.w.t menjanjikan keredaan dan kempunan-Nya. Berkata Nabi s.a.w: "Apabila Hari Raya Fitri, maka Allah mengirim para Malaikat. Maka para Malaikat sama-sama turun ke bumi di setiap daerah, lalu mereka berkata: "Hai umat Muhammad, keluarlah kamu semua kepada Tuhan Yang Maha Mulial" Maka ketika mereka teldh tampak keluar ke tempat solat mereka, Allah berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."

3. Bulan yang merupakan peringatan kepada hari akhirat.
Dikatakan juga: "Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini merupakan peringatan terhadap Hari Raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang, sebahagian dari mereka adayangpergi dengan berjalan, sebahagian lagi ada yang berkenderaan, sebahagian dari mereka ada yang berpakaian dan adajuga yang tidak berpakaian, sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang indah dan sebahagian yang lain ada beropakaian biasa dan sebahagian ada yang tertawa riang dan sebahagian lainnya ada yang menangis, maka ingatlah perjalanan di hari kiamat, sesungguhnya hai itupun demikian pula."


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI





sepatutnya entry raya ni dibuat sebelum aku balik kg ritu...tapi x sempat...aura raya dah menyelubungi diri..makanya rinilah baru berkesempatan nak buat...

ok bersempena raya ni...aku memohon ampun maaf..sekiranya terkasar bahasa sama ada disedari @ tidak...

11 bln
banyak kata sudah di ucapkan
dan dilontarkan tak semua menyejukan

banyak prilaku yang sudah dibuat
dan diciptakan tak semua menyenangkan

banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri
Mari kita memaafkan, mohon maaf lahir dan batin

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 54










raya tahun ni bersambung dengan hari kemerdekaan negara kita...makanya jadilah "RAYA MERDEKA"...kalau sebelum ni merdeka disambut meriah..tapi tahun ni kemerdekaan agak ditenggelami oleh sambutan Aidil Fitri...iklan2 di TV pun gabungan merdeka raya...

KEMBALI SEMULA




selesai sudah acara berhari raya di kampung halaman tercinta...makanya bermulalah rutin kerja harian...tapi masih dalam mood raya...mood kerja x berapa nak datang lagi...rini slow2 mencari mood kerja...sambil berblog setelah lama ditinggalkan kerana bercuti...

aku mula balik kg pada 27/8 ..kononnya pukul 4.30am dah nak gerak..tut tit tut tit...jadi 5.30am baru boleh gerak..tunggu sana sini..bersahur di tepi jalan..& macam2 hal...biasa la ramai2 cmtu la jadinya...yg specialnya..sahur kali ni KFC & Burger King...dah kenyang barulah gerak..singgah subuh kat R&R Tapah..sampai kg dlm kul 11am..

seronoknya balik kg kali ni awal...makanya dapatlah berbuka puasa beramai2 selama 3 hari sebelum raya... ketupat pun boleh buat awl..xdelah terkejar2 cam sebelum ni...sehari sebelum raya..kelam kabut semua nak dibuat...pegi pasar membeli barang pun rasa aman...xde berebut2 sangat...

agak kurang seronok raya kali ni...sebabnya...2 anak demam...pastu ade yg x dpat cuti raya...apa pun di pagi raya tu semua ada...cuma x dpat beraya sakan seperti tahun2 lepas...gambar pun sikit je yg dapat ambik...xpelah..nak buat cmne..kemeriahan raya tahun ni x brape nk ada...apa pun syukur semua dapat merayakannya....

pejam celik...makan tido...sedar x sedar dah 8 hari kat kg...dah sampai masa untuk kembali ke destinasi masing2...kalau balik kg ritu...4am gerak..balik sini pun sama gak..4am gerak ..kononya untuk elakkan jem..alhamdulillah..selamat sampai semua....





Friday, August 26, 2011

SELAMAT BALIK KAMPUNG


rni dah last hari bekerja...mulai esok aku dah mula bercuti sampi 4 sept...balik kampung berhari raya bersama keluarga tercinta...x sabarnya...esok awl pagi aku gerak...sahur di jalan...biarlh berkorban grak awal..untuk mengelakkan jem...sebenarnya...dah mood raye...nk buat entry pun culang caling...apa pun..entry raya tetap kena buat...

Tuesday, August 23, 2011

Maha Kaya KAU Ya ALLAH


Bila dirimu letih dan hilang semangat

ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan

ALLAH telah mengira titisan air matamu

Bila dirimu terasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu

ALLAH sentiasa disisimu

Bila dirimu telah mencuba

segalanya tetapi tidak tahu tujuan

ALLAH adalah jalan penyelesaianya

Bila tiada yang bererti buatmu

Keliru dan kecewa

ALLAH ADALAH JAWAPANNYA

Hidup ini indah jika segalanya

kerana ALLAH

Wahai Tuhan hinanya diri yang

terus menerima rahmatMU

sedangkan hutang syukurku

semakin menggunung...


Maha Kaya KAU Ya ALLAH

ANDAI INI YANG TERAKHIR


ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai hari ini terakhir buat diriku

ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu

agar semadinya aku dalam keimanan

dilandasan kasihmu tuhan

yang tiada berpenghujung…

andai hari ini terakhir buat diriku

akan kuhabisi saat-saat yang tinggal

hanya menghadap tuhan yang Satu

agar gugurnya dosa yang lalu

bagai dedaunan kering berguguran…

andai hari ini terakhir buat diriku

janganlah ditangisi takdir itu

kerna tangisan itu tidak mengembalikan diriku lagi

dan ingatlah

setiap yang hidup pasti akan menemui mati

itulah janji yang ESA pada ummatnya…

andai hari ini terakhir buat diriku

hanya kenangan sajalah yang tinggal

kenangan yang diukir bersama semua

biarlah kenangan itu terus segar

disetiap ingatan insan yang mengenaliku