Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2011

MATTA FAIR
















Matta Fair datang lagi...bagi kaki2 jalan masa ni la ambik peluang tengok kot2 ader offer yang berbaloi...kalau banyak duit memanglah seronok...rsa semua destinasi nak g...memang murah la dari harga biasa...hotel2 tempatan pun dapat 1/2 harga...tapi bila dah byak2 sgt..dah jadi pening....last2 penat jalan..x tau nak pilih yg mana...pamplet dh penuh 1 beg...

aku sendiri pun xtau nak ke mana untuk tahun ni...kebetulan kali ni masa agak terhad..sbtu ahad aku berkejar nak ke kuantan lak...lagipun xde perancangan..setakat tengok je la..booking dalam Malaysia je la...budget pun x tinggi...xpe bulan 9 nnti ada lagi 1 matta fair...boleh tgk2& plan lagi nk ke mna2..itu pun kalau ade lebih2...

apa pun bila jalan2 kat situ..cam dah g seluruh dunia...angan2 je la....stall masing2 dibuat pelbagai untuk menarik pengunjung singgah...jom layan pic dalam tu...nak masuk kena bayar RM3...siap ada gelang lagi...cam masuk tempat2 thema park lak hihihi...

PENGANGKUTAN AWAM / PWTC


PWTC
cantik pulak deco kat tempat makan ni...


dah lama x nmpak bnde ni..dlu kat kampung ada..sekarang dah hilang..rupanya dah dibawa ke bandar...tapi mana ayamnya???..


menjamu selera sambil merehatkan diri sebelum masuk dewan...

& kueteow sop..

penat berjalan2 menjamu selera dengan mee kari...fuh...

dah lama dah ..sejak 1888...

dah banyak perubahan kat CM ni..dah ade stall2 kat luar...

kat CM ni memanglah terkenal dengan lukisan dari pelukis2 yg berkebolehan...

saje nak snap laluan walaupun x nmpak...


x perlu beratur lagi...dail je...

hanya untuk wanita...


cantik & selesa..


stesyen pun dah upgrade ...




pelik tajuk nikan...sebenarnya dah lama aku x naik pengangkutan awam ni...asyik drive je...sesekali nak le merase jadi penumpang..makanya jumaat ritu aku menggunakan kemudahan ni...dari komuter..pastu PUTRA...tukar lak STAR...

jumaat ritu aku ambik cuti semata2 nak g MATTA FAIR...dah janji dengan adik..& memang xnak drive pun..letih...saja nak merehatkan diri...dari TM aku ambik komuter...x ramai org..sudah semestinya dapat tempat duduk..kena lak dapat koc wanita..selesa je...sampai rawang..tukar train...agak selesa gak..sebabnya aku dapat tempat dduk gak..orang agak ramai ...aku ingatkan hari bekerja x ramai org...ramai gak...sama dgn akukah org2 tu ambik cuti?? entahlah...

dari rawang ..aku turun kat stesen KL...saja nak jalan2 semntra menunggu adik...memang dah lama teringin nak jalan2 kt CM *(Central Market)..sorang2 aku pusing2 dalam CM...ramai pelancong asing...wah aku dah macam pelancong lak...ok la tu..melawat tempat sendiri...banyak souvenir kat situ...aku sebagai peminat FM..mestilh tak lepas peluang membelinya...cantik2 gak...

nak g PWTC..kne naik STAR..kt CM ada PUTRA...makanya aku dr CM aku naik PUTRA..tukar kat Masjid Jamek ambik STAR ke PWTC...ramai lak org..dah waktu rehat..hari jumaat lak tu...
dah selamat smpai PWTC..dh pun jumpa adik..makan2 dlu..pastu barulah operasi terjah kat MATTA FAIR...rasanya 3 jam gak dalam tu...puaslh ...

dah petang mase untuk balik...aku ambik komuter kat stesyen PUTRA...Masyaallah punyalah ramai org...dah tu lambat lak komuternye...dah smapi padat lak..smpai x leh masuk...tapi bersesak2 gak..kalau tunggu smapi bile...lgipun dah nak malam..nnti habis trip ke TM..lagi haru dibuatnya...masa tu bru rse nyesal x bawa kereta...dari stesyen PUTRA nak sampai ke Rawang punyalah seksa...dah macam sardin..padat..mujur gak koc wanita..kalau cmpur..x tahulah cmne keadaanya...akhirnya smpai rawang ..tukar train nak ke TM..baru rse selesa...dapat tmpat duduk...sempat lagi tido sampai TM...

pengalaman menggunakan kenderaan awam ni..ade baik & buruknya...kena tengok keadaan...

Tuesday, March 1, 2011

MELAYAN ANAK2




















hri minggu ritu aku ke KL..ingt nk la bawa anak2 g jenjalan ke mana2...tapi x kena time lak...ade mesyuarat PIBG lak kt sekolah abang & kakak...makanya terpaksalah aku lepak rumah je melayan anak2 main...xde ppe nk dibuat..snap je pic2 mainan...ok le tu...malam bru la dapat kuar..tu pun pusing2 ALAMANDA je...kat luar hujan daa...

JAMUAN PERPISAHAN

Selamat bertukar ke tempat baru & Selamat Pegantin Baru...

sesi memberi ucapan..

2 gadis ayu yg sedang menikmati hidangan...

masa untuk menjamu selera...

Pn. Kha menyampaikan hadiah untuk yg dirai...


acara memotong kek..rni kek harijadi...nanti kek kawin lak ye...brape tingkat??

kek birthday..




baru ni ade jamuan perpisahan untuk staf Bendahari...bertukar tempat kerja mengikut suami selepas kahwin nnti...berkebetulan lak hari tu adalah hari lahir dia..makanya ...bertambah la menu 2 biji kek selain nasi campur yg sedap2 belaka lauknya...akibatnya lepas makan..semua kekenyangan & kemengantukan...apa pun.untuk aliza..walaupun dah meninggalkan UPSI ni janganlah lupa kami2 di sini & SELAMAT PENGANTIN BARU...moga kekal ke akhir hayat...x byk pic2..layanlah setakat yg ada ni...

MAHER ZAIN

OPEN YOUR EYE





FOR THE REST OF MY LIFE





BARAK ALLAH LAKUMA

INSYAALLAH

semua dah kenal dgn MAHER ZAIN ni..satu Malaysia dah berkumandang..memang mengasyikkan alunan suara dia..kena lak skrg ni dah versi melayu lak...lagi la menusuk kalbu kalau mengahayatinya..jom layan...



MARCH 2011/ RABIULAKHIR 1432

sedar x sedar dah pun masuk bulan ke 3 utk tahun 2011 ni & bulan ke 4 dalam bulan Islam...Rabiulakhir 1432...cepatnya masa berlalu...& dah seminggu aku x sempat nak berblog...sebenarnya aku berkursus..biasalah keje skrg ni kena kejar cpd...awal2 tahun ni kenalah kejar kursus..nanti dah hujung tahun... cpd x cukup dah kena bising dgn bos...utk setakat ni aku dh dapat 10 cpd..pastu 8-9 mac ni ade lgi 2 hri...dapat lgi 12 mata...cmpur dah 22..wah dah separuh dah tu..mata penuh 42..cuma tinggal 20 mata lagi..lebih kurang 3 hari lagi la aku kena kursus untuk memenuhi mata cpdnya...ok aku akn cuba sehingga jun ni nak memenuhi mata ..pastu boleh lega hati..x payah fikir lagi..pastu boleh fikir nak jalan2 lak..tapi ade ke duitnya...adusss..camne ye...semalam je aku dh berkorban utk keteku RM460..dah lari budget..x terkejar dah..makanya dok diam2 xyh nk fikir sal jalan lagi buat masa ni..tapi bolehkah???entahlhhh...tengok keadaan ye...


PENGERTIAN

Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

PERISTIWA PENTING DI BULAN RABIULAKHIR

  1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
  2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
  3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
  4. Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
  5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
  6. Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
  7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
FADHILAT

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.


Pe