Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 29, 2011

NO.2??









HAHAHA...lawak sungguh..dalam main2 leh lak dapat no 2...jangan tak tau ye..kontinjen BENDAHARI...dapat tempat ke 2 dalam acara kawad hari patriotik ritu...semua terkejut & x cye...iyelah pun...yang lain kemain berlatih...tup2 kami yang cuma turun sekali je latihan...leh terpilih dek juri...apa pun ALHAMDULILLAH & TAHNIAH untuk semua staf sokongan Jabatan Bendahari yang terlibat...

sebenarnya kami semua memang tak jangka pun kemenangan ni...kami masuk sekadar mewakili jabatan...kena lak pengumuman diumumkan pada malam sambutan hari patriotik ni...makanya xde la sape yang datang...cuma sorang jea wakil yang sesaje datang...mujur ade gak...leh la naik pentas g ambik bagi pihak...walaupun cuma sekadar dapat hamper...tapi bangge ooo atas kemenangan ni...x pernah kami dapat apa2 tempat sebelum ni...jom layan pic lagi...

Tuesday, September 27, 2011

KONTINJEN BENDAHARI













Jom layan ragam kontinjen Bendahari yang enjoy...pada hari Patriotik 2011 peringkat UPSI...

HARI PATRIOTIK 2011













27 September 2011...adalah Hari Patriotik peringkat UPSI...semua jabatan terlibat....& aku mewakili jabatan aku....yang bestnya...latihan turun sekali je...pastu raptai...& hari sebenarnya...

oklah...kali ni ...pakaian pun baju jabatan...serba hijau...tapi enjoy...xpe berseronok sambil berbakti dengan jabatan....x menang pape pun xpe...janji sporting mewakili jabatan...

Jom la layan pic2 kami...di samping kontinjen2 lain...

HILANG LAK YE...



xde kaitan tajuk entry ni dengan aku...sebenarnya...bukan aku menghilang...cuma nya x sempat nk berblog seminggu ni...al maklum la...mak kan ada kt rumah aku..makanya masa pun agak la terhad...kebetulan dalam masa ak datang tu...sesaje lak aku buat makan kawan2 datang rumah...kononnya jamuan raya la...buat sikit2 je..maklum la rumah kecik..x boleh nk jemput reramai...x muat rumah aku...& x selesa utk org yg datang pun...

seminggu mak kat rumah aku...seronok ...malam2 ada kawan aku borak & tengok tv...& nak masak pun best..sebab ada org nak makan...sejak mak datang..tengahari aku balik rumah...lunch dengan mak...tapi hari minggu ritu..aku dah bawa mak ke rumah adik aku...makanya jadilah aku seperti sedia kala...berseorangan...

lepas tu bersambung lak dengan acara hari patriotik....latihan kawad la...raptai & seterusnya sambutan hari tersebut...& segalanya sudah selesai...makanya ada la ruang untuk aku berblog semula...& semoga mood berblog aku pun akan membara...

Sunday, September 18, 2011

DAH KENA BALIK DAA...

Haishhh...x puass lagi dok kg....dah nak kenaa balk dah...tapi best balikk Kali ni sebab mak ikut sekali..dah lama ajakk...Kali ni nak ikut..seronokk sangatt..bersemangat aku drive td...kul 10am KAT tol as utara..kul 2pm dah KAT tol behrangg..dlm 2.30 dah selamat masukk rumahh..dah boleh landing berehattt...

Sebelumm balikk tdi sempatt g kubur abah &anis kejabb..batu Nisan dah dicabutt...dilonggokkn KAT 1 tempt..dah hilang semua tanda..sedihhnya..Ada bhgn yg dah ditambunn tanah..tapi KAT kubur a bah & anis blm lg...masih lgi dpt knl tempatnyaa...x tahu bilanya Ada masa nak g cari Nisan tu dlm longgokkan yg byk tu..x sangka secepat tu diaorg buat...kami Redha dlm kesedihan...lgpun bukan kami saja..org lain pn samaa....nanti di hari ragas cmne lg kmi nk g tabur bungaa & siram air di pusara a bah & anis..". Terlupa lak aku nak snap pic Masa g situ

Saturday, September 17, 2011

KAT KG DAA....

1st time aku update blog gina iPad aku...perakk la skit...lain sikit ...tergagau2 gak aku...apa yg pasti now aku kt kg. Cuti kan 3 hari....bail aku balk kg...sebenarnya adik aku buat open house rini...tapi bila fikir2 mak sorang2 KAT kg....pelahhh aku berkorban balik teman mak...dok pujuk ajak ikut aku balikkk esok....harap2 jadii la..tggu jelahh esok.now aku kenaa tide coz esok aku nak drive balk TM. Mama ya selamat malam....

Wednesday, September 14, 2011

TEMPAHAN HANTARAN LAGI...



Hantaran yang bertemakan English

Kotak yang digunakan

Bekas cincin...agak unik...kaca kristal

Mandian yang digubah dalam bakul...


Bakul buah..masih kosong..buahan akan dimasukkan kemudian...

Bekas cincin...

gubahan cokelat...4 jns..

tuala...dijadikan sekuntum bunga...


cookies..


sepersalinan pakaian...

kotak kek...



x dapat ambik pic keseluruhan barang hantaran..nilah hasilannya...


salah satu sebab aku agak sibuk minggu ni sampai x sempat nak berblog...sebabnya nak siapkan tempahan hantaran ni la...3 hari aku berjaya siapkan..tu pun petang lepas keje & malam la...alhamdulillah selesai semuanya...harap2 diterima oleh yang empunya & seangkatannya...& majlis akan datang diberkati...

kali ni aku buat agak lain skit...barang2 diisi dalam bekas kaca, kotak & bakul...kononya nak tema hijau..tetiba je terselit lak pink...dah jadi english ...semuanya 8 bekas aku hiasi ikut kreativiti aku...mana yang terfikir je la... aku pun bukannya reti sgt...yang mana terlintas...itulah jadinya...

jom layan pic2 hasilannya yang terdiri dari sepasang pakaian, tuala, mandian, bakul buah2an, bekas cincin, kotak kek, cookies & cokelat...jom layan..

1 MALAYSIA






esok cuti lagi...sempena menyambut Hari Malaysia...jumaat, sabtu ahad...3 hari tu...ape program ye...tengoklah camne...ape2 pun boleh jadi...

disebabkan hari kemerdekaan di sambut pada hari raya...makanya acara perbarisan tahunan dibuat pada hari Malaysia..esoklah tu...

berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia...yang berbilang kaum ...yang aman makmur...banyak kemudahan yang boleh kita dapati...

PUASA QADA vs PUASA ENAM

huraian antara puasa Qada & puasa Enam

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

MASIH ADE YE...


apa maksud tajuk tu...maksudnya...aku masih ada walaupun dah seminggu menyepi...nak kata sibuk..xdelah sangat...mungkin kemalasan yang melanda aku kot...di samping idea2 nak buat entry belom datang...hehehe...ye ke??

lepas balik dari kg ritu....aku masuk ekje x puasa...nak beraya ...makan2 dgn kawan2...pastu minggu ke 2 barulah aku berpuasa...baru dapat 3 hari ...masalah yang nak diqada 7 hari...wajib ni...pastu baru boleh buat yang sunat...x tahulah sempat ke x aku nak ambik sunat 6 hari syawal ni...rini...aku x puasa..sebabnya ada jamuan raya lak kat opis ni...insyaallah minggu depan sambung balik...harap2 sempat la sebelum aku 'cuti' lak...

macam2 yang aku dengar sal puasa qada & enam ni...ada yang cakap boleh gabungkan....ada lak yang cakap kena dahulukan yang wajib...masing2 ada huraiannya...apa pun rujuklah mana yg difikirkan bersesuaian....nanti kita sama2 cari maklumatnya ye...

Monday, September 5, 2011

TIDUR


RINI SEBAB MENGANTUK KITA BUAT ENTRY SAL TIDO YE....

Pengenalan

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur
yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih
pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
• Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
• Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap
kencing waktu malam
• Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan,
kebimbangan , stres dan lain-lain.
• Penyalahgunaan dadah dan alkohol
• Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala
• Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
• Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
• Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep
walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding)
dan sebagainya.

Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan
kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
• Cepat menjadi marah
• Sukar mengawal emosi
• Sukar memberi tumpuan/perhatian
• Kemungkinan boleh membuat kesilapan
• Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatan
Dapatkan bantuan profesional
• Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung
kepada sebab-sebab tersebut.
• Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
• Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Pencegahan
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
• Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
• Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
• Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
• Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

Rehabilitasi
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
• Berhenti merokok
• Jangan tidur pada siang hari
• Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
• Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
• Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk
aktiviti lain
• Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
• Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
• Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari,
termasuk hari minggu)
• Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
• Tidur bila rasa mengantuk
• Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Simpan satu diari tidur
• Catit jumlah jam dan kualiti tidur
• Masa masuk dan bangun dari tidur
• Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
• Perasaan anda

NGANTUK....


aduiii...ngantuknya...lepas rya ni...asyik ngantuk je...berat je mate ni...nilah gara2 bila perut diisi di siang hari...dlu puasa..perut kosong...ok je...sihat...cergas....ni tengahari je mata dah naik juling...

moralnya...berpuasalah anda...ganti puasa yang ditinggal & puasa 6 hari syawal...insyaallah minggu depan on...minggu ni makan kuih raya & ketupat puas2 dlu...perut yg kempis bln ramadhan dulu pun dah mula naik...kilogram pun mestilah bertambah...x boleh jadi ni.....kena controllll...

HADIAH HARI LAHIR

hadiah utama hari lahir aku...epal hitam yang dah kena gigit...

iPad

inilah dia isi dalamnya...

berbaju merah...

yang ni yang x dirancang & x dijangka...tengoknya yang lain..dapatnya yg lain...
xpelah ade gak ...dari xde


sepatutnya entry ni dbuat sebelum aku balik kg berhari raya ritu...tapi disebabkan mood raya..dah x sempat lagi dah nak buat entry ape2...jiwa dah berada di kampung...walaupun dah terlewat...tapi belum basi lagi kot...hehehe...

sebenarnya pada hari lahir aku ritu...aku bercuti...semata2 nak pg ambik benda nilh...kebetulan pada hari yang sama Kelab Jabatan Bendahari buat majlis berbuka puasa...makanya aku telah menempah 2 biji kek dari kawan kat Bukit Beruntung...brownies cake...tapi dengan gambar kek...majlis berbuka puasa..semuanya xde...yang ada cuma gambar hadiah ni jelah...ni pun ambik lepas raya...mujurlah bukan benda makan...kalau x tinggal kenangan jelah...

dari dulu lagi...aku memang suka membeli barang...pada bulan ogos..kononnye hadiah hari lahir untuk diri sndirilah...tahun ni pun samalah...dan inilah dia hari lahir untuk aku pada tahun ni...tadaaa...sebiji epal yang telah digigit....hihihi..& jeng..jeng...tengok jelah...