Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

TRILOGI CINTA



Trilogi Cinta
Tarikh: 2 Januari 2011,
Hari: setiap Ahad dan Isnin,Selasa
Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episod
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othma

Sinopsis Trilogi Cinta (TV1)


Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan,

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?


OST TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

terujanya aku..dengan drama ni....x sangka lak aku novelis Sharifah Abu Salem yg aku minati mengadaptasikan cerita novelnya dalam bentuk drama...ketiga2 novel2 ni memang antara koleksiku..memang aku suka sgt dgn citer ni...dah kuar drama ni..memang aku xkan miss la..kena lak hero idamanku Rosyam Noor..lagilah...seminggu 3x memang kena layannnn...

Now I Know....


Now I Know....

Sekarang barulah aku tahu
tidak semua perkara perlu aku ketahui..
lebih baik disembunyikan dari dilafazkan

Sekarang baruku tahu
tidak semua perkara perlu diberitahu
dan apabila telah diketahui, tak semestinya akan melegakanku

Sekarang baruku tahu
Kehidupan ini, pasti tidak sama antara aku dan kamu

Mungkin kamu mudah tersenyum,
tapi adakah hatimu juga tersenyum sama?

Dan mungkin aku selalu bermuka masam,
namun hatiku adakah semasam itu?

Tafsiran manusia berbeza,
bergantung pada situasi, keadaan, fikirannya, matlamatnya,
Pada masa itu...

Mungkin dia sedang gembira..
maka kata-kata positif sajalah yang akan keluar dari mulutnya

Mungkin dia sedang bersedih..
Maka kesedihannya itu terpalit juga pada perbuatannya,
walau dia telah mencuba untuk menyembunyikannya

Begitulah,
siapalah aku untuk menilai engkau
yang kurasakan bahagia di sana
namun hakikatnya,
adakah bahagia?

Ya, orang kata, bahagia itu subjektif...
jadi, adakah aku hendak menunggu bahagia itu datang
Atau mencari bahagia itu?

Live your life...Hargai masa kini, masa depan mungkin tiada (sebahagia sekarang)

If u can't change people, then u CHANGE!

Sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya..itu PASTI..

Jadi...teruskanlah perjuangan ini..
Belajarlah memaafkan, redha dan ikhlas atas ujian yang datang..

Aku pasti akan menghargai kesakitan sekarang, jika tahu kebahagiaan abadi menanti di sana..Jika tidak di dunia, maka moga2 di akhiratlah..

Sangat subjektif...perasaan ini, rasa ini, fikiran ini, reaksi ini...

Monday, January 10, 2011

MOOD SEDIH




setiap orang akan mengalami pelbagai mood..sedih, gembira,keliru, serabut, marah & pelbagai...x tahulah nape tibe2 minggu awal tahun baru ni mood aku x berapa nak elok..sedih lak..biasalah itu kan putaran sebuah kehidupan..tetap kena hadapi walau apa pun keadaannya..hidup perlu diteruskan & kena terus kuat untuk pelbagai cabaran hidup ..moga hari mendatang akan mendatangkan satu cahaya yang akan menyinari sebuah kehidupan..sebab mood sedih so layn jelah lagu2 sedih...





ANAK 7









MUHAMMAD FAWWAZ

dilahirkan pada Oktober 2009 di Besut Trengganu..lagi sorang anak tgnu...setakat ni yg paling bongsu..anak cerdik yg manja...gedebab..memamg x larat la nak dokong..mujur kalau jalan dia ske naik stroller..kalau x jenuh la...

ANAK 6













NISA' IMAN

dilahirkan 13 April 2008 di Besut, Trengganu..orang tganu ni..cucu perempuan ke3 utk mak tok..pengganti kehilangan anis..disebabkan membesar di Trengganu..jadi loghatnya dah terikut di sana..tapi kalau balik kedah..dah kena tukar loghat..apa pun 2 2 boleh...

Tuesday, January 4, 2011

ANAK 5














LUTFIL HADI

dilahirkan di HUKM, berusia 4 tahun..anak yg paling kecik setakat ni...manja..sebab dia adik..semua dia menang je...kenalah smua beralah...

ANAK 4













MUHAMMAD AMMAR

dilahirkan pada Julai 2006 di HUKM..dah pun berumur 5 tahun