Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

ANAK 5














LUTFIL HADI

dilahirkan di HUKM, berusia 4 tahun..anak yg paling kecik setakat ni...manja..sebab dia adik..semua dia menang je...kenalah smua beralah...

ANAK 4













MUHAMMAD AMMAR

dilahirkan pada Julai 2006 di HUKM..dah pun berumur 5 tahun

ANAK 3






























NURIN JANNAH

dilahirkan pada 14 Jun 2004, di HUKM..cucu ketiga pada mak & abah...6 bulan bersama dengan anis..umpama twin..pemergian anis meninggalkan nurin keseorangan...antara semua anak2 nurin paling rapat denganku...di usia 3 tahun dia dah mengikut aku ke mana2..& di usia 4 tahun dia tinggal dgnku selama setahun...mungkin dia girl..so aku suka melayannya..tapi anak2 lain tetap aku sayang...disebabkan dia banyak denganku..maka banyaklah pic2 berbanding anak2 lain...berkebetulan dia pulak suka bergambar...jom lyan pic2 nurin..

ANAK 2






ANIS AQILLAH

dilahirkan pada 7 Jun 2004 di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis..cuma 6 bulan sempat bersama kami..dijemput ILLAHI pada 25 Disember 2004 dalam kemalangan jalanraya...walaupun cuma sekejap..tapi anis tetap dalam kenangan...MISS U ANIS...AL-FATIHAH..

Monday, January 3, 2011

ANAK 1



















LOKMAN HAKIM

dilahirkan pada 23 Januari 1998...anak sulung , cucu sulung & cicit sulung dalam familyku..amat disayangi seluruh keluarga...usia sekarang dah pun 13 tahun..dah besar...dah masuk alam menengah...cukup berani...6 tahun dia memegang status sebagai cucu sulong sebelum kehadiran yg baru..memang terlalu dimanjakan...jom layan sebahagian pic2 anak hakim...

ANAK

rini aku nak buat entry sal anak..intro entry ni adalah lirik lagu anak..lagu ni kalau dihayati memang menyentuh sanubari seorang insan bergelar anak...mungkin sebelum ni hanya pic2 yg terpapar tanpa mengenali..entry2 yg akan datang aku akan citerkan serba sedikit tentang anak2 ku ni...kalau diikutkan jumlah keseluruhan ada 7 orang anak2 yg membesar di hadapan mataku..tapi seorang telah dijemput ILLAHI...kini tinggal 6 orang yang menghiburkan hatiku..aku menumpang kebahgiaan dengan anak2 ni...

Anak

Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu

Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak

Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu

Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu

Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak

Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu