Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 16, 2011

OST OMBAK RINDU



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku



Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...




Raut wajah…Mendamaikan…
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata…Mempersona…
Bagai gugur seluruh jantungku…

Aku Ingin engkau tahu…
Cinta aku satu…
Tercipta buat dirimu..
Hanya… Untuk kamu…

Huuu…Huuu…Huuu…
Huuu…Huuu…Huuu…

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu…..
Tercipta buat dirimu…
Hanya untuk kamu…

KONTROVERSI OMBAK RINDU



la dah berjuta2 kutipan ...dah jadi kontoversi lak..macam2 hal...x best la camni kan...filem best...novel best...kena la same2 merase kan...jangan la itu ini x kena...kena la bawa bincang elok2...frust la peminat2 kalau cmni gayanya..apa pun pepandailah diaorg atasinya...akan adakah lagi nanti OMBAK RINDU 2??!!?? kalau ikut novel ade 3 siri ceritanya...kalau dah OMBAK RINDU ni hot...takkan xde kesinambungannya lak kan...sama2 kita tunggu......

Monday, December 12, 2011

ENDING OMBAK RINDU

rni last aku buat entry sal OMBAK RINDU...sori ye...x habis2 lagi...
sebelum aku g tengok filem ni...aku ulang balik baca novel yang menjadi koleksi aku tu...saja nak ingatkan semula jalan citernye...

sebenarnya aku baru lepas tengok filem ni setelah 10 hari ditayangkan...x puas hati smua orang asyik komen sal citer ni...makanya sabtu malam ritu aku pun menunaikanlah hajat aku untuk tengok filem tu...TGV Cinema JUSCO Balakong aku terjah...tengahari tu aku g ambik tiket sambil window shopping...saje ambik show malam coz nk ajak adik aku join...show 9.30 mlm...lepas dinner...tidokan kanak2 ribena...dlm kul 9 kuar rumah..9.10 dah pun sampai...Masyaallah punyalah ramai manusia...untuk filem ni je...3 panggung direct tayang dalam satu masa...tu pun penuh...hebat sungguh penangan OMBAK RINDU ini..patutlah dah cecah 5 juta pun...mulanya aku ingat nak tunggu je tayangan kat astro first...tapi kotnye takde..kempunan aku..makanya pegilah tengok..kalau best nanti astro first boleh langgan tengok lagi...

diakuilah best gak la citer ni..kena lak Aaron Aziz heronya...bergandingan dengan Maya Karin..pada aku berjaya la...orang cakap maya x sesuai pegang watak Izzah...tapi pada aku ok la...dia boleh menjiwai watak tu...Aaron xyah cakap la..memang cayalah lakonannya...pada aku berjaya...bab dia menangis tu yg aku salute dia...tapi aku nye feeling x sampai la tengok filem ni...berbanding dengan baca novel..

jalan ceritanya tak semua sama cam dlm novel...banyak olahannya...x berapa nak puas hati la...kalau sebijik ikut novel...mesti lagi best...tapi tu lanye...mesti lagi panjang citernye...tapi aku suke view dalam filem tu...sawah padi....laut...banyak pemandangan kawasan perkampungan...cantik sangat...ditambah lak lagu latar nyanyian adira & hafiz...memang menjerat hati...

kesimpulannya aku puas hati la dengan filem ni...berjaya la Osman Ali sebagai pengarahnya...& Aaron hero & Maya Karin heroinnya...& pelakon2 lain yang turut sama menjayakan filem ini...tapi feeling aku lebih lagi dengan bacaan dari filem...pasni mesti akan ada OMBAK RINDU 2 lak ni...kita tungguuuuuuuuuuu....

Sunday, December 4, 2011

ASYURA

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

MUHARRAM



cepatnya masa berlalu...dah pun masuk bulan pertama dalam kalendar Islam 1433H..sebelum tu kita amati dulu apa pengertian bulan Muharram ni...& apa yang patut dilakukan..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN

dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan Mengampunkan dosanya setahun."

DOA AWAL TAHUN

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.


AMALAN-AMALAN SUNAT

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

ALAHAI OMBAK RINDU..



x habis lagi citer sal ombak rindu ni...sebenarnya aku masih x sempat lagi nak tengok pun...tu yang x senang duduk...org lain dah sibuk bercerita...xpe..sabar ye...bukan habis lagi pun...sekarang ni tengah sesak cinema org mengejar filem ni...kita bagi luak sikit...baru kite lak terjah...x ke mana pun...kalau x sempat gak....kita layan astro first...ha tengok 2 hari jangan buat pape...ngadap 48 jam tu...puas hati...(ayat kemain lagi - tapi ade ke nanti kat astro first tu)

aduss... bz bebeno sekarang ni..nak berblog pun x sempat...biasa la hujung2 tahun ni...seminar la...keje la..ish macam2 la...

ritu..cuti awal Muharram ..aku ke KL...yela cuti 3 hari..makanya kat sana la aku bertapa...nak duduk sini..x daya...kat sana beramai dengan kanak2 tu seronok la sikit....lagi pun berkebetulan pastu aku kena lak jaga seminar kat Legend Hotel...APCEMAL..sampai hari rabu...khamis pagi baru balik sini...

2 hari tinggalkan keje...bertimbun la...nak lak...ade meeting besar nak kena buat persediaan...agak kelam kabut la sikit...ada cuma 3 hari je nak settlekan...haiii...Disember ni memang bulan yang agak sibuk untuk setiap tahun...so kena la terima hakikatnya...